salam....
Mihas tarik penyertaan 163 syarikat asing
KUALA LUMPUR 23 Jun - Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2010 (Mihas 2010) yang diadakan selama lima hari mulai hari ini, telah berjaya menarik 661 gerai pameran dengan 163 penyertaan daripada syarikat-syarikat asing.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Mihas 2010 telah berjaya menarik syarikat-syarikat dari 32 buah negara dengan penyertaan terbesar datangnya dari China, Iran, Singapura dan Indonesia.
Malah acara tahun ini juga menyaksikan pembesaran ruang pameran terutamanya dari Perancis, Indonesia dan Jepun selain negara yang pertama kali menyertai Mihas ialah Albania, Belgium, Hong Kong dan Itali.
"Bagi menambah nilai kepada syarikat-syarikat tempatan, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) telah mengadakan program menemukan 510 pembeli antarabangsa yang dipadankan dengan 969 buah syarikat tempatan," katanya dalam ucapan sempena perasmian Mihas 2010 di sini hari ini.
Perasmian itu dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Mustapa, kumpulan pembeli terbesar yang menyertai program tersebut adalah datang dari China, Singapura, Australia, Rusia, Jepun, Mesir dan Ukraine.
Katanya, dengan penyertaan daripada pelbagai buah negara serta kumpulan pembeli yang terbesar menyaksikan Mihas sebagai platform utama kepada pameran produk-produk halal global.
Malah katanya, pameran kali ini tidak lagi didominasi oleh produk-produk dari sektor makanan dan disertai oleh sektor bukan produk makanan dan perkhidmatan seperti, kosmetik, farmaseutikal, pembungkusan makanan, mesin, logistik dan perkhidmatan pembiayaan Islam.
"Dengan potensi produk halal yang semakin meluas ia menawarkan pelbagai peluang perniagaan dan pelaburan bagi membolehkan sektor halal berkembang pesat dan produk yang berpotensi untuk pelaburan ialah bahan kandungan, perasa dan pewangi," katanya.
Mustapa memberitahu, bagi membolehkan lebih ramai peserta dan peserta mengikuti
Mihas tahun hadapan, pihaknya telah memilih Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sebagai pusat pameran untuk acara tersebut tahun depan yang dijadualkan 6 hingga 10 April 2011.
by UTUSAN(24/6/2010)
Friday, June 25, 2010
Sunday, June 20, 2010
ikhlaskan diri anda...
salam.
Pada masa zaman nie ramai orang akan mancari perlindungan untuk diri, harta benda serta keluarga kita.Ada banyak produk insuran adan takaful yang ada, Tetapi sebagai orang islam yang sejati hendaklah fikirkanlah adakah produk yang kita pilih itu sudah mencukupi serta halah dalam urusan businesnya???Kita tidak akan memilih produk yang haram akan bercampur dengan yang halal...tetapi bila sesuatu service yang ada bercampur haram maka haramlah keseluruhanya...ingatlah di dunia kita akan berasa gembira tetapi diakhirat kita akan sengsara...

Subscribe to:
Posts (Atom)